Tuesday, June 15, 2010

aku yg lutsinar..

yup.. kengkadang rasa sgt lah sunyi... walaupun dikelilingi oleh bunyik yg memekakkan gegendang telinga.. walaupun dihimpit oleh beratus-ratusan manusia..

jiwa rase kosong.. hanya tuhan mengerti... hanya tuhan menemani diri.. sepi.. terasing.. menyendiri di dalam dunia yg penuh warna-warni..

Friday, April 30, 2010

antara sebab2 yg bleh buat tangguh niat nk kawen



aku xtau ah korangs sumer camner tapi menurut pemerhatianz aku, perbuatan menangguhkan niat utk berkawen atau meneruskan hubungan banyak berlaku di komuniti kiter.. sebab2 utama berlaku boleh terdiri dari pelbagai unsur selain dari masalah kecurangan dan kewangan..

bila keluarga kita and keluarga mertua masuk campur..

ini berlaku sebab kedua belah pihak mengada-ngada nak ikut otak masing-masing...

ini juga berlaku bila family si dia masih memerlukan dia untuk tanggung semua jenis perbelajaan keluarga mereka... so kalau dia kawen nanti dah xder saper laks nak support family dia..

ahhh.. jgn dilupa juga keadaan dimane family dia sajer-sajer nak tangguh sbb mereka ada planning lain masa tarikh yg kiter dah pilih tu... nak ikut kelapangan mereka pulaks.. ni saper yg nak bertunang or kawen nih?.. sepak kang baru tau

hmmm... oowww iyer, perasaan bergejolak nak tangguh juga bleh berlaku bila perbincangan tentang tarikh pon x settle-settle lagik... asyik later... nanti tanya jawapannya later sebab kakak tgh tgk jadual melancong dia... or kakaks tgh tgk tahap kewanganz dia nak datang masa tarikh tu... dammittttzz

and bila sumer ni belaku... pasangan anda plak tetiber bleh jadi passive dan mengikut kehendak keluarga sepenuhnya dan x supportive langsung dengan keadaan anda yg tersepit diantara dua keluarga... nak marah family si dia mmg x bleh ah... nak marah family anda yg start mintak macam2 tu jugak x bleh dilakukan... last-last anda tertekan dan tangguhkan niat nak kawen.... so marilah sama-sama single sampai ke hari tua.... yeeeaaaahhhaaaa...

Tuesday, March 2, 2010

kembali berdiri..

kembalinya aku dgn sebuah mimpi utk jadi gembira dari semalam.. cuba jadi lebih kuat walaupun badai datang tanpa henti.. ahhh aper lah sangat kalau nak dibandingkan penderitaan org Haiti yg dilanda gempa...

Buat masa nih aku tiada perkhabaran gembira.. sedih tu ader tapi bosan untuk dicerita... baik aku diamkan saja.. biar ia bersawang dalam jiwa dan memakan sisa-sisa hidup yg ader..

Aku masih tercari-cari identiti diri.. tgk lah kalau esok masa berjalan di tepian flee market ble terdapat ilham tentang identiti aku.. wakakaka... tapi yang penting aku dah bosan mengalah.. sebab bila aku ikut telunjuk aku kalah dan kalau aku memaling pon aku kalah...

Sunday, January 3, 2010

Menunggu tenang hati

Pelik.. aku pon xtau biler aku start jadik emo nih... keje aku memberontaks jer.. mungkin bile semakin tua, jiwa akan semakin kacau kot..

kawan aku kata kawen itu satu jalan membuka rezeki... selalunya org yg kawen rezeki nyer murah yg teramat sgt.. aku tak berape paham konsep diacuba sampaikan nih.. dia nak suruh aku kawen gaks ke untuk merubah nasib aku yg super malang ni?.. kompiden je klu aku kawen rezeki automatik murah... tu kan suma di tgn Allah.. aku hanya mampu merancang jer...

Tapi hati aku lately ni mmg susah nak tenang... sentiasa berdegup kencang.. ada benda yg terbuku dihati tapi masih sukar utk diluahkan kekecewaan yg mendalam...

Harap-harap tahun baru ni segalanya akan berubah... pintu rezeki semakin diluaskan... pintu kejahatan ditutup rapat dan pintu hati sentiasa dikunjungi... amin...